Artikel 1
Tajuk Artikel 1 :
HUBUNGAN SIKAP, KEBIMBANGAN DAN TABIATPEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN MATEMATIKTAMBAHAN
Penulis : Arsaythamby Veloo dan Shamsuddin Muhammad
Ulasan artikel 1 :
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap, kebimbangan
dan tabiat pembelajaran matematik dengan pencapaian dalam matematik tambahan.
Disamping itu kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti pemboleh ubah yang boleh
menjadi peramal terbaik bagi pencapaian dalam mata pelajaran matematik tambahan. Kajian ini menunjukkan bahawa sikap dan tabiat pembelajaran matematik mempunyai
hubungan positif yang signifikan manakala kebimbangan pembelajaran matematik
mempunyai hubungan negatif yang signifikan terhadap pencapaian matematik tambahan. Kajian ini juga menunjukkan kebimbangan pembelajaran matematik mempunyai
hubungan yang sederhana manakala sikap dan tabiat pembelajaran matematik mempunyai
hubungan yang lemah dengan pencapaian matematik tambahan. Kajian ini juga
menunjukkan hubungan kebimbangan pembelajaran matematik merupakan peramal
utama dengan pencapaian matematik tambahan berbanding dengan sikap dan tabiat
pembelajaran matematik. Namun, sikap dan tabiat pembelajaran matematik masih
merupakan peramal kepada pencapaian matematik tambahan walaupun dalam peratusan
yang kecil. Kesimpulannya, kajian ini mencadangkan betapa pentingnya atribut afektif
pelajar sebelum menilai kebolehan kognitif bagi meningkatkan pencapaian matematik
tambahan. Oleh itu, mengetahui atribut afektif terutamanya sikap, kebimbangan dan
tabiat pembelajaran matematik tambahan dalam kalangan pelajar adalah penting dan
perlu diberi penekanan untuk mengatasi kelemahan dalam matematik tambahan sebelum
proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.
Artikel 2 :
Tajuk Artikel 2 :
Aspects of Children's Mathematics Anxiety
Penulis :
Karen Newstead
Ulasan Artikel 2 :
Artikel 2 :
Tajuk Artikel 2 :
Aspects of Children's Mathematics Anxiety
Penulis :
Karen Newstead
Ulasan Artikel 2 :
Kajian
ini memberi tumpuan kepada kebimbangan matematik kepada kanak-kanak berusia sembilan
hingga sebelas tahun dan membandingkan kebimbangan matematik murid yang diajar
dengan cara yang tradisional dengan mengambil pendekatan pengajaran alternatif
iaitu menekankan penyelesaian masalah
dan perbincangan dalam kalangan murid. Dapatanya murid-murid yang mengikuti pendekatan
tradisional dilaporkan menghadapi kebimbangan matematik lebih banyak daripada
mereka yang mengikuti pendekatan alternatif dalam pengajaran Matematik. Soalan
yang dibangkitkan ialah sama ada aspek-aspek dalam pengajaran matematik oleh guru-guru yang sebenarnya menimbulkan
kebimbangan matematik dalam kalangan murid-murid. Walau bagaimanapun, majoriti
murid dalam kajian ini telah bertindak
balas dengan kebimbangan tinggi atau rendah bagi kedua-dua aspek pembelajaran
matematik.
Tajuk Artikel 3: On the relationship between math anxiety andmath achievement in early elementary school:The role of problem solving strategies.
Penulis :
Gerardo Ramirez a,b , Hyesang Chang c , Erin A. Maloney c , Susan C. Levine c,d , Sian L. Beilock c
Ulasan :
Dalam artikel mereka mengatakan bahawa kanak-kanak mengalami kebimbangan matematik pada usia muda. Hal ini berkaitan dengan pencapaian matematik yang negatif yang mereka perolehi. Mereka menerokai pencapaian Matematik murid gred pertama dan murid gred kedua dari segi strategi penyelesaian masalah Matematik, sikap dan nilai terhadap Matematik. Mereka menemui bahawai murid mengalami kebimbangan Matematik dalam penggunaan strategi penyelesaian masalah Matematik yang berkait dengan pencapaian murid. Penulis-penulis mengkaji hubungan antara kebimbangan Matematik dengan strategi penyelesaian masalah. Kanak-kanak yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi menggelakkan penggunaan strategi penyelesaian masalah apabila mereka menghadapi kebimbangan Matematik. Maka hasilnya, mereka mendapat prestasi yang rendah dalam Matematik berbanding dengan rakan-rakan yang mempunyai daya pengingatan yang rendah.

No comments:
Post a Comment